View My Stats

Minggu, 26 Juni 2011

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWAnya

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT



*Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T:
-Akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat
-Dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid,
-Dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
-Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

*Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar,
-Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
-Menjadikan laut pada hari Aasyura,
-Menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
-Menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
-Lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
-Dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
-Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
-Menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,
-Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
-Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
-Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
-Dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini bagus kita melihatnya ?

Created by :
Ustz. Muhammad Tsabirin

Tidak ada komentar: