NABI ISA
AS
|
Seorang lagi Nabi
Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda diutus
kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum
al-Qur'an.
Di dalam al-Qur'an, Nabi
Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera
Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat
dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam.
Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih
kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di
semua alam'" (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa,
telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk
melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah
seorang perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa
merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di
dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada
Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa
cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
Pada ayat
yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada
putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan
menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan.
Ayatnya berbunyi:
Kemudian
Mariam bertanya,
Malaikat
menjawab,
Maka
lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad
dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia,
iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).
Allah juga
menyatakan bahawa Nabi Isa adalah seperti Adam, walaupun Adam diwujudkan tanpa
ibu dan bapa. Kesamaan mereka berdua adalah pada ciptaan. Kedua-duanya dicipta
daripada tanah (3:59). Itu menunjukkan mereka
adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta daripada tanah.
Kerasulan dan
Kenabian
Isa adalah seorang Nabi
dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah
daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia
menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta
mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
Namun begitu, manusia
dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan
itu berbunyi,
Akibat membeza-bezakan
Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh
sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap
macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh
kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani
Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat
yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini,
berbunyi:
Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai
kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman
atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di
dalam Taurat dan al-Qur'an.
Ketika
baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya
adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman
Allah:
Baginda juga memberitahu
tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat
yang mengisahkannya berbunyi:
Pengikut
setia
Seperti Nabi atau Rasul
yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak
setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah
dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
Pengikut-pengikut yang
setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah.
Firman-Nya:
Begitu juga bagi
pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi
penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman
Allah:
Walau bagaimana pun,
pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan
kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon
sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
Justeru itu, Isa memohon
kepada Allah,
Allah mengabulkan
permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi
Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah
kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran
yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa
mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:
Walaupun Nabi
Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa
Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah
maklum, amalan membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah. (Sila rujuk
Tidak Mempercayai Mukjizat Nabi?)
Wafat
Tidak seperti kepercayaan
sesetengah orang iaitu Nabi Isa tidak wafat semasa disalib tetapi diangkat naik
ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan disalib.
Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat
lain yang tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah
melarikan diri dari tempat baginda dijatuhkan hukum.
Bukti yang menunjukkan
baginda telah wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat berikut:
Akan tetapi, sebahagian
daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib.
Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan
sahaja. Firman-Nya:
Telah wujud lagi
kepercayaan terhadap Nabi Isa yang tidak disahkan Allah di dalam al-Qur'an,
iaitu baginda akan muncul lagi di bumi buat kali kedua. Itu tidak benar. (Sila
rujuk artikel Menanya
Ustaz: kedatangan Imam Mahadi & Nabi Isa dan
Imam Mahadi di ruangan Soalan Lazim. Terima kasih.)
Terpesong
Setelah
Isa wafat, beberapa perkara telah berlaku. Pertama, orang-orang yang mengaku
pengikut baginda telah menubuhkan sistem berahib, atau berpaderi, atau sistem
berulama dalam agama. Sistem itu tidak dianjurkan oleh Allah.
Firman-Nya:
Kemudian,
antara mereka bersetuju untuk mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan,
mungkin kerana kelahiran yang luar biasa dan mukjizat-mukjizatnya. Mereka yang
berbuat demikian telah terpesong dalam kepercayaan lalu menjadi kafir.
Firman-Nya:
Satu bukti
telah didatangkan Allah untuk menunjukkan kepalsuan kepercayaan mereka. Buktinya
adalah pada amalan memakan makanan, berbunyi:
Nabi Isa
dan ibunya makan makanan. Tetapi Tuhan tidak makan. Kalau Dia makan tentu Dia
mempunyai sebuah "pintu kecil" untuk mengeluarkan makanan yang tidak diperlukan
lagi. Tuhan tidak ada pintu tersebut seperti yang terdapat di bahagian belakang
badan manusia atau haiwan.
Sekiranya
hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang mempercayai Nabi Isa itu Tuhan
atau anak-Nya, tentu mereka akan berpaling juga dan tetap dengan kepercayaan
mereka. Begitulah manusia dengan kepercayaan agamanya. Mereka lupa menggunakan
akal.
Akhirat
Kepercayaan serupa itu
sungguh berat di sisi Allah sehingga Nabi Isa akan ditanya di akhirat. Baginda akan ditanya sama ada baginda telah
menyatakan bahawa baginda dan ibunya adalah tuhan-tuhan selain daripada
Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi:
Nabi Isa akan
menjawab:
Jawapannya bersambung
lagi:
Nabi Muhammad juga akan
ditanya di akhirat atas sesuatu yang amat berat juga. Baginda ditanya mengenai
sambutan kaumnya terhadap al-Qur'an. Jawapan baginda berbunyi:
Itulah yang berlaku pada
hari ini. Ajaran al-Qur'an tidak dipedulikan. Namun, masa masih ada untuk semua
kembali kepada ajaran al-Qur'an.
|
- Persona Wiyata Learning Center
-
|
Rabu, 14 Maret 2012
NABI ISA AS
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar